fbpx

Kerap diseru, Raihan pula sertai trend ‘Begitu Sulit’.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas nama diseru berjuta kali, kumpulan nasyid popular Raihan kini muncul menyertai trend TikTok menerusi video popular Begitu Sulit Lupakan Reyhan.

Kandungan pertama dimuat naik dalam akaun TikTok rasmi mereka, kumpulan yang terkenal menerusi lagu Iman Mutiara itu menyaksikan video nyanyian wanita bernama Intan Lembata Bunting tersebut.

“Raihan menonton video Reyhan,” tulis kumpulan yang mempunyai tiga ahli iaitu Che Amran, Abu Bakar dan Amran Ibrahim berkenaan.

Kurang satu hari dikongsi, video tersebut meraih lebih sejuta tontonan dan 104,000 tanda suka.

Tidak berhenti di situ, mereka sekali lagi mencuit perhatian umum apabila menyanyikan semula lagu Cukup Dikenang Saja nyanyian asal kumpulan The Junas Monkey.

“Akhirnya Raihan muncul. Begitu Sulit versi halal,” komen netizen.

“Raihan menang trend ini, juara,” seloroh seorang pengguna TikTok.

Sejak minggu lalu, trend lagu Begitu Sulit tular dalam media sosial sehingga meraih lebih berjuta respon daripada pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI