fbpx

Kaedah konvensional punca pencemaran ternakan babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loy Sian ( kiri) bersama Pengarah LUAS, Hasrolnizam Shaari ketika meninjau lokasi pencemaran sumber air akibat penternakan babi di Tanjung Sepat, Kuala Langat baru-baru ini

SHAH ALAM – Pencemaran sumber air yang dihadapi penduduk Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini susulan perternakan babi disebabkan menggunakan kaedah ternakan dan kawalan pencemaran konvensional.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, berdasarkan lawatan beliau bersama agensi terlibat mendapati tidak menggunakan kaedah penternakan tertutup (close house) seperti kaedah Modern Pig Farming.

Katanya, pengurusan kumbahan najis ternakan hanya melalui pengumpulan di kolam-kolam takungan di dalam premis ternakan dan efluen daripada kolam ini seterusnya disalirkan ke perparitan di luar premis dan akhirnya ke perairan pantai.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan mengarahkan semua pengusaha terlibat untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan ke atas ladang ternakan dan sistem kumbahan dengan segera.

“Najis-najis ternakan perlu dilupuskan di luar kawasan ladang ternakan dan dihantar ke tapak pelupusan yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga akan mengarahkan pemilik tanah berkaitan untuk melaksanakan segera tindakan pemulihan saliran-saliran parit di dalam tapak sehingga air yang dilepaskan keluar daripada lot tanah tidak mencemarkan.

Tegas Loy Sian, pensampelan kualiti air turut akan dilaksanakan dan tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat elemen pencemaran berlaku.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, berdasarkan rekod JPV mendapati sejumlah 118 premis ternakan babi aktif beroperasi di daerah Kuala Langat dan sebahagian kecil di daerah Sepang.

“Ternakan ini dijalankan di atas tanah lot berstatus pertanian. Kesemua premis ini beroperasi dengan lesen yang didaftarkan oleh JPV,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 7,000 penduduk Tanjung Sepat berdepan masalah pencemaran akibat kumbahan ternakan babi sejak 30 tahun lalu yang mengakibatkan gangguan bau busuk. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI