fbpx

[VIDEO] Ibu, anak cemas terbabas dalam lubang kabel bawah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Toyota Vios yang terbabas ke dalam kawasan baik pulih kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangsa hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita bersama anaknya berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam kawasan pembaik pulih kabel di Jalan AU3 Setiawangsa di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Jalan Pahang menghala ke Ampang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu seorang wanita dengan anaknya masing-masing berusia 32 dan empat tahun.

“Pemandu tersebut telah melanggar ‘water barrier’ (penghadang air) dilorong kiri dan telah jatuh ke dalam kawasan pembaik pulih kabel di bawah tanah.

“Akibat pelanggaran tersebut, wanita terbabit dan anaknya tidak mengalami kecederaan dan keretanya telah ditunda keluar daripada kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen RULE 10 LN 166/59 tidur semasa memandu atau lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT), Jalan Tun H.S.Lee di talian 03- 2071 9999,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah klip video tular di laman media sosial memaparkan sebuah kenderaan terbabas ke dalam kawasan pembinaan melibatkan seorang pemandu wanita dan kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI