fbpx
BRYAN berjaya memecah rekod acara 100m kuak kupu-kupu dengan catatan terbaharu 53.32s pada Sukma MSN 2022 baru-baru ini

Daniel Bego puas lihat Bryan Leong pecah rekod miliknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKAS atlet renang kebangsaan, Daniel Bego mengakui tidak kecewa selepas rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu miliknya lebur pada Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 yang berakhir Sabtu lalu.

Sebaliknya, dia yang merupakan pemenang 11 pingat emas Sukan SEA gembira memandangkan rekod 53.33 saat (s) dipecahkan atlet Wilayah Persekutuan (WiPers), Bryan Leong selepas melakukan catatan masa 53.32s.

Bego yang juga jurulatih WiPers berkata, dia bangga dengan aksi ditampilkan Bryan serta semua perenang pasukan itu pada temasya Sukma, sekali gus menyaksikan mereka muncul juara keseluruhan acara renang menerusi 11 pingat emas, 11 perak serta tiga gangsa.

“Bryan merupakan seorang perenang yang sangat menakjubkan, selain memiliki personaliti cukup baik. Saya lebih rela dia memecahkan rekod milik saya berbanding orang lain.

“Secara keseluruhan, saya sangat gembira dengan progres ditunjukkan perenang-perenang sejak saya menyertai pasukan ini pada 2019. Mereka sentiasa berikan yang terbaik tidak kira dalam program apa pun,” katanya.

Selain dibarisi atlet-atlet senior berpengalaman, Bego turut mendedahkan pasukan itu memiliki permata baharu dalam sukan akuatik menerusi Mohd. Dhuha Zulfikry yang disebut-sebut sebagai Welson Sim baharu.

POPULAR