fbpx

Covid-19 catat 1,552 kes, tujuh mati semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,552 kes semalam termasuk lima kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,796,368 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 1,684 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,774,314 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 23,883 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 138.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 382 diikuti Selangor (323), Sabah (164), Perak (119), Sarawak (94), Pulau Pinang (76), Negeri Sembilan (68), Kelantan (65) dan Kedah (64).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (55), Melaka (54), Pahang (34), Putrajaya (16), Labuan (8) dan Perlis (3),”kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak tujuh kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,363.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,732 setakat ini.

Sebanyak 22,741 kes dikuarantin di rumah, tiada kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,096 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 26 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI