fbpx

Bomba kenal pasti 595 ‘hot spot’ banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal (kiri) memeriksa kelengkapan yang digunakan semasa operasi menyelamat banjir selepas Majlis Perhimpunan Bulanan September 2022 di Dewan Utama JBPM Kelantan, Tunjong dekat Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti kira-kira 595 lokasi ‘hot spot’ yang dijangka berlaku banjir semasa musim tengkujuh di tujuh buah daerah tahun ini.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, kebanyakan titik panas lokasi banjir merupakan kawasan kampung yang sering dilanda bah terutamanya di Rantau Panjang, Pasir Mas, Gua Musang, Kuala Krai dan Tumpat.

Menurutnya, JBPM juga sentiasa menjalankan pemantauan di kawasan cerun yang berisiko di negeri ini.

“Selain di kawasan kampung, lokasi cerun terutamanya di Gua Musang dan Jeli merupakan lokasi yang terjejas semasa musim Monsun Timur Laut kerana merupakan antara kawasan tinggi di negeri ini.

“Sehubungan itu, seramai lebih 3,500 anggota operasi termasuk pasukan bomba komuniti dan pesara bomba yang berada dalam keadaan siap sedia ketika ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan September 2022 di Dewan Utama JBPM Kelantan, Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Zainal, jumlah itu terdiri daripada 1,300 anggota operasi, 2,200 ahli bomba komuniti dan 65 pesara bomba yang sudi membantu secara sukarela di kawasan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI