fbpx

Angkara putus cinta, pelajar kolej terjun tingkat 6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Gara-gara putus cinta, seorang pelajar kolej wanita maut selepas terjun dari tingkat 6 kediaman dalam kejadian di Blok F Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Wawasan Bandar Baru Ampang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita itu tinggal bersama ibu dan tiga beradiknya yang lain di tingkat tiga pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang pelajar kolej berusia 20 tahun dan kejadian dipercayai berpunca daripada masalah putus hubungan percintaan.

“Mangsa disyaki telah naik ke tingkat 6 pangsapuri yang sama lalu terjun ke bawah melalui balkoni,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Mohamad Farouk, wanita tersebut dijumpai dalam keadaan terlantar dengan lengkap berpakaian.

“Bagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu pecah di bahagian kepala, manakala kaki dan tangannya patah.

“Susulan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI