fbpx

Lain macam gambar kahwin Elizabeth Tan, suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETERBUKAAN Elizabeth berkongsi foto-foto romantik pasca perkahwinannya mengundang kritikan ramai.

PETALING JAYA – Seperti kalis kecaman, penyanyi Elizabeth Tan sekali lagi menuai perhatian ramai apabila memuat naik foto aksi romantisnya  bersama suami, Siew Jim dalam Instagram.

Menerusi hantaran sama, Elizabeth, 29, atau Lizzy, mencuri perhatian apabila menayangkan aksi bercumbuan yang disifatkan agak keterlaluan untuk dikongsikan kepada umum.

Lebih panas, dres hitam seksi yang digayakan pelantun lagu Knock Knock itu turut menjadi bahan bualan netizen dalam ruangan komen.

Difahamkan foto tersebut dirakam sempena pasca perkahwinan mereka.

“Sesi fotografi pasca perkahwinan,” tulis pemilih nama penuh Elizabeth Tan Su Mei berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan pengikut Instagramnya.

Ada yang memuji kecantikan pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu, malah terdapat juga netizen mengecam aksi romantik Elizabeth bersama Siew Jin walaupun mereka pasangan suami isteri yang sah.

“Ramailah lelaki makan hati,” seloroh netizen.

“Kasihannilah orang yang bujang ni,” usik netizen lain.

“Ingatkan babak drama atau filem Korea, cantik sangat Lizzy,” puji seorang peminatnya

Dalam pada itu, terdapat juga individu yang membuat perbandingan antara pelakon berbangsa Cina era awal tahun 2000 tidak pernah memaparkan aksi sedemikian rupa.

“Dulu pelakon bangsa Cina atau India memang malu nak tunjuk aksi begini. Dulu mereka berpakaian pun tidak melampai batas tetapi sekarang apa sudah jadi?

“Kalau kita artis, tunjukkan teladan yang baik, tidak kisahlah bangsa atau pegangan agama masing-masing ada panduan, sayangnya tak nak ikut,” tegur seorang netizen.

Sebelum ini, foto-foto selebriti yang mesra berpakaian seksi Lizzy kerap menerima kecaman ramai, selain menjadi lubuk komen lucah kaum lelaki dalam media sosial.

Untuk rekod, bintang filem Misteri Dilaila itu mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim, 31, yang juga seorang ahli perniagaan pada 21 Mac 2021.

Pasangan tersebut masih belum dikurniakan cahaya mata dan merancang untuk memilikinya pada akhir tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI