fbpx

Mazlan dilantik Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIDE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tengah) menyerahkan surat pelantikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIDE kepada Mazlan (kiri) sambil disaksikan Ahmad Shahir, hari ini.

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mazlan Mansor dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Pelantikan berkuatkuasa 16 Julai lalu hingga 31 Disember tahun depan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, pelantikan itu juga selaras Artikel 20 Persatuan Yayasan Islam Darul Ehsan iaitu Pengerusi Lembaga hendaklah ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau mana-mana orang yang dicalonkan oleh Sultan Selangor.

“Pelantikan Mazlan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIDE berdasarkan asas pertimbangan kapasiti jaringan sosial yang dimiliki dari jawatan sebelum ini sebagai Timbalan Ketua Polis Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis penyerahan surat pelantikan telah disempurnakan Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof kepada Mazlan.

YIDE merupakan anak syarikat di bawah seliaan MAIS yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal anak yatim di Selangor, pengurusan sumbangan musibah dan menyediakan perkhidmatan hemodialisis, Pusat Dialisis MAIS. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI