fbpx
Gambar hiasan.

Lapan lelaki rogol pelajar tingkatan dua diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT – Polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua dalam beberapa tangkapan berasingan sekitar Segamat, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 24 September lalu.

Beliau berkata, polis menerima satu laporan dibuat seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia 14 tahun dirogol oleh lapan lelaki yang dikenali.

“Siasatan awal mendapati, pada 17 September lalu antara pukul 12.30 tengah malam sehingga 5 pagi, mangsa dibawa oleh rakan perempuannya ke sebuah rumah di sekitar daerah ini sebelum mangsa dirogol lapan lelaki itu.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota berjaya menahan lapan lelaki dan rakan wanita mangsa pada 25 September, ” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zamry berkata, mangsa telah dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Daerah Segamat (HDS)

“Suspek sebahagiannya adalah pelajar berusia 14 sehingga 26 tahun direman tujuh hari bermula semalam sehingga 2 Oktober bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR