fbpx

Sekali ketagih layan porno akan ‘bermutasi’ jadi binatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Banyak kisah mengenai tindakan kejam golongan bapa yang sanggup memperdagangkan anak kandung sebagai hamba seks selain menjadikan mereka mangsa pelepas nafsu.

Berkongsi pandangan berhubung kejadian tersebut, pendakwah bebas, Ustazah Sharifah Zahidah mengingatkan golongan lelaki untuk menjauhi menonton video porno kerana ia boleh merosakkan pemikiran.

“Dan masih ada yang lelaki dengan bangganya menyatakan bukan lelakilah kalau tak layan porno. Ada sebab kenapa Allah paling larang lelaki buat maksiat mata dan wajib sungguh-sungguh menjaga mata.

“Kerana di saat mata lelaki dirosakkan, ruang di mana bahagian otak mereka membuat pertimbangan juga turut rosak dengan teruk sekali sehingga perkara yang paling mudah untuk diputuskan benar atau salahnya juga menjadi benda yang sangat rumit bagi mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

Menurut Ustazah Sharifah, golongan ‘bernafsu’ tersebut sememangnya mempunyai seribu satu alasan untuk mempertahankan tindakan terkutuk mereka itu sehingga tidak memperdulikan darah daging sendiri.

“Contoh, bagi kita, jangankan rogol anak perempuan sendiri itu salah. Sekadar mengintai anak dara kita yang sedang tidur dengan bernafsu pun sudah salah di pertimbangan kita. Tapi bagi golongan ini, mereka punyai seribu satu alasan untuk pertahankan perbuatan mereka.

“Maka tak hairan, keluar jawapan dari mulut bapa kandung mengenai anak kandung ibarat tanaman kita. Tuan kebun kena ‘rasa’ dulu baru boleh bagi lelaki lain rasa. Bunyi perumpamaan macam bijak, rupanya dajal sungguh isi maksudnya,” luahnya dengan tegas.

Sehubungan itu, beliau turut berpesan kepada ibu bapa untuk mendidik anak lelaki mereka agar menghindari video porno atau apa-apa bahan tontonan yang akan membawa kesan buruk kelak.

“Tiada istilah layan porno tapi hati baik. Semua yang layan porno akan bermutasi jadi binatang dalam tempoh antara 10 tahun ke 20 tahun dari tempoh awal ketagihan mula berlaku. Tak jadi perogol, dia jadi gay.

“Banyak saya nak tulis temasuklah permainan video seperti Mobile Legend, watak atau pakaian di dalam cerita Avengers sebagai contoh, benda-benda trending dalam trend TikTok banyak yang menjurus kepada rosaknya mata lelaki apabila pakaian yang ditampilkan oleh watak wanita terlalu seksi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI