fbpx

Polis tubuh pasukan khas siasat kes cubaan larikan murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes cubaan melarikan seorang murid perempuan di hadapan sebuah sekolah rendah di Taman Pinji Mewah di sini Jumaat lalu.

Kejadian tersebut tular di media sosial sejak semalam selepas laporan polis berkaitan insiden berkenaan dimuat naik keluarga mangsa di Facebook.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, hantaran dimuat naik pengguna media sosial itu dikesan pihaknya semalam yang mendakwa kes berkenaan berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan.

Katanya, laporan polis telah dibuat ibu mangsa pada pukul 9.07 malam, Jumaat lalu.

“Sehubungan itu, kita telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ini daripada pelbagai sudut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu juga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI