fbpx
Allahyarham Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi

Pemergian Yusuf al-Qaradawi kehilangan besar buat umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA- Dunia Islam hari ini dikejutkan dengan pemergian tokoh ulama terkenal, Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi yang meninggal dunia di Doha, Qatar dalam usia 96 tahun.

Berita kematian Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan dalam kategori antarabangsa pada 2009 itu dimaklumkan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi laman sosial rasminya tadi.

Menerusi hantaran menjelang waktu azan Maghrib tadi, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu turut berkongsi cita-cita asal ulama kelahiran Mesir tersebut untuk menjadi Syeikh Al-Azhar.

Bagaimanapun, impian allahyarham tidak kesampaian apabila tiada berpeluang untuk dilantik ke jawatan tersohor universiti Islam berpengaruh sunni yang sudah berusia 1,050 tahun itu.

“Selamat jalan wahai Syeikhul Ummah. Pemergianmu ditangisi dunia dan seisinya. Moga bersua satu hari nanti di negeri yang abadi,” katanyaz

Dalam hantaran itu, Zulkifli turut memuat naik kulit muka depan buku siri Tokoh Pendakwah Islam berjudul ‘Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi: Siapakah Beliau?’ yang ditulisnya ketika berkhidmat sebagai mufti.

Ia merupakan hasil petikan daripada artikel beliau sendiri yang pernah disiarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi slot Bayan Linnas Siri 6 mengenai kisah hidup ulama tersebut.

Allahyarham yang aktif menulis lebih 120 judul buku sepanjang hayatnya dianggap sebagai ulama kontemporari dalam kalangan empat mazhab utama ulama ahli sunnah wal jamaah.

Hujahnya turut dijadikan rujukan ramai ulama seluruh dunia termasuk paling popular di negara ini iaitu Al Halal wal Haram fil Islam yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu pada 1993.

Dilahirkan di Saft Turab, Mesir pada 9 September 1926, graduan Universiti Al-Azhar pada 1952 itu bagaimanapun sering dilabel sebagai kontroversi oleh dunia Barat yang anti-Islam.

Beliau yang kemudian menghabiskan hidupnya di Qatar selepas berhijrah ke negara itu turut menyandang pelbagai jawatan dalam Kesatuan Ulama Sedunia dan Liga Islam Sedunia. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR