fbpx

Pelajar Malaysia ditahan di Mesir telah dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Canseri Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir. - Foto IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Berita penahanan seorang mahasiswa Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar akhirnya selesai apabila dia telah dibebaskan oleh pihak berkuasa Mesir kelmarin.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, pelajar tersebut berada dalam keadaan baik dan dijangka dapat meneruskan semula pengajiannya di universiti ternama berkenaan.

“Sukacita saya memaklumkan bahawa mahasiswa itu sudah dibebaskan oleh pihak berkuasa Mesir pada petang 24 September 2022 waktu Mesir,” jelasnya menerusi kenyataan di sini.

Pada 18 September lalu, beliau dilaporkan mengesahkan laporan mengenai kes penahanan penuntut terbabit dan mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah memantau isu itu.

Beliau bagaimanapun tidak pula menyatakan alasan kenapa mahasiswa berkenaan ditahan pihak berwajib Mesir selain maklumat butiran diri individu tersebut serta tempoh penahanan.

Dianggarkan ada lebih 7,000 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Al-Azhar, sebuah institusi pengajian tinggi terulung dunia Islam sejak diasaskan Khalifah Fatimiyah pada 972 Masihi.

Mengulas lanjut ujar Saifuddin, Wisma Putra bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Mesir melalui Kedutaan Besar Malaysia di sana dan Kedutaan Besar Mesir di Kuala Lumpur.

“Kami di Wisma Putra sentiasa prihatin berhubung isu keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara serta merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan Mesir,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan warga Malaysia agar terus sentiasa peka dan kekal mematuhi segala undang-undang di negara tuan rumah sepanjang keberadaan mereka.

Namun sekiranya memerlukan sebarang perkhidmatan bantuan konsular, mereka diminta supaya dapat segera berhubung dengan pejabat misi diplomatik Malaysia di negara berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI