fbpx

PBB perlu tegas dalam isu Palestin dan Myanmar – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya Rohingya yang telah lama berlarutan tanpa sebarang jalan penyelesaian.

Ismail Sabri berkata, perkara tersebut telah dibangkitkan beliau dalam pertemuan dua hala dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sewaktu ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-77.

“Saya telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan dalam pertemuan itu, Malaysia menzahirkan komitmen berterusan terhadap PBB termasuk usaha berterusan Setiausaha Agung menjadikan PBB sebagai Pertubuhan Antarabangsa yang lebih berkesan dan relevan.

“Saya telah membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya Rohingya yang telah lama berlarutan dan nampak tiada jalan penyelesaian,” katanya dalam satu perkongsian di laman media sosial.

Jelas Perdana Menteri, beliau turut menegaskan kegagalan tersebut disebabkan veto kuasa besar dan menegaskan kuasa veto perlu dihapuskan, selain PBB perlu tegas dalam isu-isu yang tertunggak seperti isu Palestin dan Myanmar.

“Saya melahirkan harapan agar PBB mampu untuk menjadi badan rujukan seluruh negara dunia yang menghadapi masalah dan pendamai dalam setiap konflik,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI