fbpx

Nayeon dihampiri ‘stalker’ Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAYEON

GANGGUAN yang dihadapi Nayeon daripada peminat obsesnya masih belum tamat apabila individu terbabit kini dikatakan berada semakin hampir dengannya iaitu di Korea Selatan.

Menurut JYP Entertainment, lelaki itu dilaporkan terbang ke Korea untuk memberi hadiah hari lahir buat Nayeon.

Berita tersebut sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan peminat yang mempersoalkan bagaimana individu itu dengan mudah dapat memasuki Korea Selatan.

Sedar dengan sebarang risiko yang berkemungkinan berlaku, JYP Entertainment berkata, pihaknya sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kami sedang berbincang bersama jabatan berkaitan ketika ini,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, ‘stalker’ (penghendap) berasal dari Jerman itu memuat naik sebuah video untuk meluahkan rasa cinta terhadap Nayeon sehingga sanggup terbang ke Korea Selatan demi bertemu penyanyi itu.

Individu yang dikenali sebagai Josh pertama kali datang bertemu Nayeon pada September 2019 dan mencetuskan kebimbangan apabila berniat jahat mengganggu anggota TWICE itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI