fbpx
TANGKAP layar memaparkan beberapa wanita menunggu seorang guru lelaki di pintu pagar sekolah. - Instagram

Makcik rajin jemput anak pulang sekolah kerana ingin bertemu guru muda kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan beberapa wanita rajin menjemput anak-anak mereka pulang dari sekolah kerana ingin melihat seorang guru muda yang kacak, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @bundsthetic.

Beberapa wanita yang menunggu di hadapan pintu pagar sekolah kelihatan malu-malu kucing ketika bertemu seorang guru lelaki muda.

Guru itu dikatakan mengajar subjek Pendidikan Agama Islam di sekolah tersebut.

“Mak zaman sekarang semua begini ke? Guru agama islam kacak terus ditahan,” demikian kenyataan dalam video tersebut.

Ketika membawa motosikalnya, guru lelaki itu kelihatan tersenyum melihat gelagat wanita-wanita itu.

Kehadiran guru lelaki itu membuatkan mereka teruja untuk menjemput anak pulang dari sekolah.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kesian suami puan. Jaga maruah sebagai seorang isteri okay?” komen seorang netizen. – Agensi

POPULAR