fbpx

Lebih 1,000 diberkas akibat bantah kerahan tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menahan seorang wanita yang terlibat dalam protes di Moscow, kelmarin. – AFP

MOSCOW – Pihak berkuasa Russia menahan beratus-ratus penduduk yang terlibat dengan protes di beberapa bandar kelmarin, bagi membantah arahan kerahan tentera yang diumumkan Presiden Vladimir Putin minggu lalu, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Badan pemerhati, OVD-Info berkata, bagi kelmarin sahaja, seramai 724 orang telah diberkas di 32 buah bandar dengan hampir separuh daripadanya di Moscow.

Demonstrasi kini semakin merebak ke beberapa bandar utama lain selepas Putin mengumumkan rancangan Moscow untuk mengerahkan 300,000 tentera simpanan bagi bertempur di Ukraine.

Arahan tersebut menimbulkan bantahan dalam kalangan rakyat, lantas melancarkan beberapa protes berskala besar di kawasan-kawasan bandar, dengan lebih 1,000 orang telah ditahan minggu lalu.

Di Moscow, wartawan agensi berita AFP melaporkan terdapat  peserta tunjuk perasaan yang melaung slogan: “Kami bukan sasaran meriam” ketika ditahan oleh anggota polis.

Seorang lagi lelaki didengari melaung: “Saya enggan berperang untuk Putin.”

Sebilangan individu yang ditahan kelmarin dilaporkan menerima  draf yang mengandungi arahan untuk melapor diri di pusat-pusat rekrut ketika ditahan pihak berkuasa.

Putin kelmarin turut menandatangani dekri yang melaksanakan hukuman penjara sehingga 10 tahun bagi mana-mana askar yang menyerah diri, cuba meninggalkan pasukan tentera atau enggan bertempur. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI