fbpx

Satu maut, dua parah insiden kereta terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Toyota Vios terbalik dalam kejadian di Kampung Bumbok, Jalan Batu Kitang, Kuching awal pagi tadi.

KUCHING – Malang tidak berbau apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki tiga lelaki terbabas menyebabkan pemandunya maut dalam kejadian di Kampung Bumbok, Jalan Batu Kitang, di sini awal pagi tadi. 

Kemalangan itu turut menyebabkan dua lagi penumpang kereta cedera parah.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.17 pagi dan bergegas ke lokasi nahas yang jauhnya kira-kira 12 kilometer.

“Setiba di lokasi itu, komander operasi mendapati dua mangsa masih tersepit di dalam kereta manakala seorang lagi berjaya keluar sebelum ketibaan pasukan bomba. 

“Pihak kami memotong pintu bahagian penumpang hadapan bagi mengeluarkan mangsa pertama sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak di sini ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa kedua yang duduk di kerusi pemandu bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia pasukan Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi menyelamat tamat pada pukul 2.15 pagi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI