fbpx

Jonathan, Khairul naik podium di Uzbekistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONATHAN (tengah) dan Khairul (kiri) menaiki podium sebagai pemenang pingat emas serta perak Kejohanan Olahraga Asia Tengah di Uzbekistan semalam.

PETALING JAYA – Dua pelari pecut negara, Jonathan Nyepa dan Khairul Hafiz Jantan membanggakan nama Malaysia apabila memenangi pingat emas serta perak 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Asia Tengah semalam.

Jonathan berjaya mencatat masa 10.55 saat (s), manakala Khairul menamatkan lariannya dengan catatan 10.74s pada aksi final 100m di Stadium Afrosiab di Samarkand City, Uzbekistan.

Bagaimanapun, pujian sebenarnya harus diberikan kepada Khairul kerana masih dapat menaiki podium pemenang memandangkan dia terpaksa berlari sebanyak dua kali dalam perlumbaan akhir tersebut.

Khairul, 24, sudah berlari sejauh 80m sebelum diarahkan berhenti gara-gara tidak mendengar pistol kedua disebabkan false start yang dilakukan oleh pelari Tajikistan, Favoris Muzrapov.

“Khairul tak dengar (bunyi) pistol, katanya bunyi terlalu perlahan. Dia terlalu fokus dan sudah berlari sehabis baik ketika itu.

“Alhamdulillah sekurang-kurangnya dia sudah yakin dan tak fikir lagi mengenai kecederaan,” kata jurulatih Khairul iaitu Mohd. Poad Kassim.

Ia sememangnya pengalaman baharu buat Khairul kerana bekas pemegang rekod 100m kebangsaan itu dengan catatan 10.18s sendiri pernah mengalami insiden false start ketika final 100m Kejohanan Olahraga Asia 2017.

Pingat gangsa acara itu pula dimenangi atlet Turkmenistan, Alisher Sadulayev selepas mencatat masa 10.80s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI