fbpx
SUASANA agak kecoh apabila Jacksong Wanmg diserbu peminat setibanya di KLIA. semalam.

Diserbu peminat, Jackson Wang dipuji merendah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kehadiran bintang terkenal K-pop, Jackson Wang yang juga merupakan anggota kumpulan GOT7 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dihujani pujian peminat gara-gara sikapnya yang merendah diri.

Menerusi beberapa buah video yang tular dalam Twitter menunjukkan penyanyi berusia 28 tahun itu sempat melayan peminat walaupun diserbu orang ramai yang berasak-asak untuk bertemu dengannya secara dekat.

Lebih menarik perhatian apabila Jackson sempat menegur petugas keselamatan untuk bertenang dan tidak menolak permintaan peminat yang mahu mendekatinya.

“Jangan tolak mereka (peminat). Tidak mengapa. Bertenang, relaks,” kata Jackson kepada petugas keselamatan yang mengiringinya.

Biarpun situasi dilihat kecoh dan seperti tidak terkawal, Jackson masih sempat melayan peminat untuk bergambar dan mengambil surat-surat yang dihulurkan peminat kepadanya.

Dalam sebuah video berasingan, Jackson turut dilihat sempat menghulurkan tangan membantu salah seorang peminat wanita yang terjatuh akibat diasak ratusan peminat lain.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Twitter miliknya, Jackson berkongsi rasa teruja atas sambutan hangat peminatnya dari Malaysia atas kunjungannya ke negara ini.

Malah, pelantun lagu Drive You Home itu sempat menitipkan nasihat dan peringatan kepada peminatnya supaya menjaga keselamatan diri.

“Saya sangat gembira bertemu dengan anda semua. Terima kasih kerana menyambut kehadiran saya ke negara yang cukup menakjubkan ini.

“Satu perkara yang perlu saya ingatkan, berhati-hati dan jaga keselamatan. Keadaan boleh menjadi sangat bahaya dan boleh membuatkan anda cedera. Saya sangat bimbang. Jadi tolong jaga diri,” katanya.

Difahamkan kehadiran Jackson Wang ke Kuala Lumpur adalah untuk mengadakan persembahan sempena Good Vibes Festival yang berlangsung di Taman Tema Sunway Lagoon, di sini malam tadi.

Selain Wang, antara selebriti lain yang turut memeriahkan acara tersebut malam tadi ialah penyanyi rap terkenal, Pink Sweats dan artis tempatan seperti Bunga Isme dan Yonnyboii.

POPULAR