fbpx

DBKL tangkap ular berhampiran Kompleks Pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ular sawa bersembunyi di celah himpunan pokok di pagar keselamatan telah ditangkap oleh DBKL pagi tadi.

PETALING JAYA – Seekor ular sawa berjaya ditangkap oleh Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pagi ini.

DBKL dalam satu hantaran berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam bahawa terdapat seekor ular sawa di celah himpunan pokok di pagar keselamatan berhampiran Kompleks Pertama.

“Skuad Penyelamat DBKL telah bergegas ke lokasi bagi menangkap ular tersebut demi keselamatan awam.

“Ular telah berjaya ditangkap dan DBKL mengucapkan terima kasih kepada pihak awam yang melaporkan,” katanya di sini hari ini.

Menurut hantaran itu katanya, tindakan pantas orang awam melaporkan perkara itu juga amat membantu kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tumpuan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI