fbpx

Dahulu ‘bulat’, kini Shaheizy Sam kembali sado

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHEIZY Sam yang kembali berotot membuatkan ramai kagum dengan kegigihannya mendapatkan semula bentuk badan lama.

RASANYA baru sahaja Diva tengok badan pelakon Shaheizy Sam ‘bulat’ dengan perut macam wanita hamil sembilan bulan. Tiba-tiba sekarang ototnya dah jadi berketul-ketul.

Cepat betul perubahan bentuk badan pelakon itu. Dari gemuk menjadi sasa. Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shaheizy berkongsi kegiatannya bersenam di gimnasium sambil menunjukkan bentuk tubuhnya yang kekar.

Apa yang membuatkan peminatnya teruja apabila pelakon itu dilihat mampu mengubah bentuk badannya. Sebelum ini berlemak, sekarang berotot dalam masa singkat. Macam magis pun ya juga.

Kata Shaheizy, tiada yang mustahil untuk dilakukan, asalkan perlu ada disiplin yang tinggi dan jangan menipu diri sendiri.

Maksudnya, kalau betul-betul nak berubah, kena usaha sungguh-sungguh dan jaga pemakanan selain rajinkan bersenam di gimnasium.

Difahamkan Shaheizy kini dalam persiapan untuk ‘turun padang’ bagi menjalani penggambaran sebuah filem baharu. Sebab itulah dia perlu mendapatkan kembali bentuk tubuh yang tegap.

Tak semua orang mampu lakukan seperti apa yang Shaheizy buat. Contohnya macam Diva sendiri. Rasanya dari lima tahun lepas cakap nak kurus. Makin berlemak ada lah. Sedih!

DIVA: Tak sabar nak tengok pelakon dan model jelita Nasha Aziz naik pelamin. Katanya sedang hangat bercinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI