fbpx

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada KP Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan tahniah yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah atas penganugerahan 2021 Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) 2021.

Anugerah itu diterima sebagai pengiktirafan sumbangan beliau dalam bidang pembedahan perubatan di Malaysia, baru-baru ini.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas penganugerahan tersebut yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Penganugerahan tersebut membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kecemerlangan berterusan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Noor Hisham menerima anugerah tersebut daripada Presiden RCSEd, Michael Griffin di majlis santapan malam bagi memuliakan keberangkatan fellow terhormat RCSEd, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang juga merupakan Canselor Diraja Universiti Kebangsaan Malaysia.

Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI