fbpx

Yamaha RXZ baharu bakal dikeluarkan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Motosikal yang menjadi dambaan peminat permotoran seluruh seantero Malaysia, Yamaha RXZ dikatakan bakal membuat kemunculan terbaharu.

Namun kali ini, jentera yang begitu terkenal dengan harga ‘Yahudi’ ini didakwa bakal diproduksikan menggunakan enjin 4 lejang.

Beberapa portal permotoran tempatan juga ketika ini telah mengeluarkan foto-foto berkenaan motosikal Yamaha itu dan menggunakan nama baharu iaitu, RX150Z.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di halaman rasmi Yamaha, motosikal jenama tersebut tiada dalam senarai mereka dan tidak pernah diumumkan bakal menembusi pasaran tempatan.

Pengguna media sosial rata-rata menyifatkan foto yang tular berkenaan pengeluaran motosikal tersebut adalah disengajakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Aku rasa tak akan ada motosikal macam ni dalam pasaran, tidak silap ini satu model motosikal yang ditiru di pasaran India sebelum ini.

“Motosikal RXZ rasanya sudah tiada pengganti ditambah pula enjin 2 lejang sudah tidak dibenarkan sekarang,” jelas Mat Yurhh.

“Bukan RXZ baru ni, ini jenama yang menjadi replika kepada RXZ. Ada dipasaran India atau Pakistan kalau tidak silap,” jelas Irfan Noor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI