fbpx

Syafiq Kyle rancang nak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ Kyle sudah bersedia bergelar suami dan merancang untuk berkahwin dengan Mimi Lana pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

PETALING JAYA – Pelakon Syafiq Kyle mendedahkan ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga pelakon, Mimi Lana.

Syafiq, 30, bagaimanapun memberitahu sudah bersedia untuk bergelar seorang suami dalam tempoh yang akan diberitahu kelak.

“Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia begini.

“Mungkin kami tidak akan adakan majlis pertunangan kerana saya mahu terus bernikah dan melunaskan perkara wajib seperti yang dituntut agama,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut menafikan khabar angin yang mengatakan mereka bakal bernikah sekitar akhir tahun ini.

“Bagaimana nak nikah pada hujung tahun jika tiada persiapan dilakukan? Saya belum ‘tempah’ tok kadi pun untuk majlis tersebut.

“Setakat ini kami masih ada tarikh yang tetap kerana perlu menyelesaikan beberapa komitmen kerjaya seni terlebih dahulu.

“Insya-Allah, kami tidak akan berahsia apabila tarikh sudah ditetapkan nanti,” ujarnya.

Untuk info, pasangan popular tersebut mula berkongsi tentang hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019.

Bagaimanapun, sekitar Mei 2020, hubungan mereka dikatakan putus sebelum kembali terjalin beberapa bulan kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI