fbpx

[VIDEO] PM catat sejarah berucap dalam Bahasa Melayu, pakai baju kebangsaan di UNGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika sedang berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-77 di ibu pejabat PBB, New York, hari ini.

PETALING JAYA – Negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa untuk mewujudkan Mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa dalam menghadapi cengkaman inflasi yang melanda dunia selain isu ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama dan penyelarasan antara negara perlu dipertingkatkan berikutan dasar dan keputusan sesetengah negara mampu memberi kesan kepada negara lain.

Katanya, keputusan dasar monetari domestik perlu diselaraskan dengan mengambil kira realiti serta keperluan negara-negara membangun.

“Dalam struktur kewangan dan monetari antarabangsa yang masih didominasi oleh beberapa kuasa besar, serta dalam keadaan pemulihan ekonomi dunia, keputusan dasar monetari domestik perlu diselaraskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam bahasa Melayu dengan memakai pakaian kebangsaan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-77 di ibu pejabat PBB, New York, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI