fbpx
PECCO ketika ini hanya 10 mata ketinggalan berbanding Quartararo dalam perebutan gelaran juara dunia musim ini. – AFP

Pecco tidak mahu raih kemenangan mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOTEGI – Pelumba pasukan Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia menolak idea supaya mereka menggunakan taktik arahan pasukan dalam baki perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Pelumba Itali itu hanya dibezakan 10 mata dengan pendahulu kejuaraan dunia dari pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo selain saingan musim ini yang berbaki lima perlumbaan sahaja lagi.

Walaupun bantuan rakan sepasukan dilihat pilihan terbaik bagi membantunya memenangi kejuaraan dunia, namun Pecco menegaskan, dia tidak memerlukan bantuan sesiapa untuk memenangi setiap perlumbaan.

“Secara jujur, saya tidak memerlukan bantuan untuk memimpin perlumbaan. Saya seorang pelumba yang gemar berusaha sendiri untuk menang, bukannya dibantu oleh rakan sepasukan demi kemenangan mudah.

“Bagaimanapun, keputusan tersebut tidak terletak di ta­ngan saya, namun saya sudah beritahu Ducati supaya membenarkan saya memenangi perlumbaan dengan cara sendiri. Fokus saya hanyalah untuk berlumba,” katanya.

Menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Jepun di Litar Twin Ring Motegi hujung ming­gu ini, Pecco mengakui, jentera Ducati memiliki kelebihan, tetapi dia tetap berwaspada dengan ancaman Quartararo.

“Ini adalah antara litar ke­gemaran saya kerana laluannya sangat sesuai dengan Ducati. Situasi sekarang sangat berbeza jika dibandingkan dengan 2019 kerana ketika itu saya adalah pelumba baharu dan belum menyesuaikan diri bersama jentera,” ujarnya. – AGENSI

POPULAR