fbpx

Palestin kutuk hasrat Britain pindah kedutaan ke Baitulmuqaddis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIZ TRUSS berucap pada sesi ke-77 Perhimpunan Agung PBB di New York pada 21 September lalu. - AFP

RAMALLAH, Tebing Barat – Kerajaan Palestin memberi amaran kelmarin bahawa sebarang langkah Britain untuk memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis merupakan ‘pencabulan undang-undang antarabangsa yang nyata’. 

Perdana Menteri Britain, Liz Truss memberitahu rakan sejawatnya dari Israel, Yair Lapid pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Rabu lalu mengenai hasrat tersebut, kata Downing Street di London.

Langkah itu sekiranya dipersetujui, akan mengikuti keputusan kontroversi bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmuqaddis dalam tindakan yang mencetuskan pertempuran berdarah antara pasukan keselamatan Israel dan rakyat Palestin pada Mei 2018.

Selepas pertemuan mereka, Lapid mengucapkan terima kasih kepada Truss kerana menimbang langkah itu tetapi ia mendapat bantahan keras rakyat Palestin.

“Adalah amat dikesali kerana Truss menggunakan penampilan pertama beliau di PBB untuk menumpukan kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa dengan berjanji akan menyemak semula lokasi Kedutaan Britain di Israel.

“Sebarang langkah untuk memindahkan kedutaan ke Baitulmuqaddis merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang nyata dan juga pelanggaran tanggungjawab Britain dalam peranannya di Asia Barat,” kata Duta Palestin ke Britain, Husam Zomlot dalam satu kenyataan di Twitter.

Tegas beliau, langkah itu menjejaskan penyelesaian dua negara dan menggugat situasi yang sudah tegang di Baitulmuqaddis. Janji sedemikian katanya, adalah tidak bermoral, melanggar undang-undang dan tidak bertanggungjawab.

Baitulmuqaddis adalah rumah kepada tempat paling suci penganut Yahudi dan tempat ketiga paling suci kepada orang Islam. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI