fbpx

Nor Azam tampil mohon minta maaf dilayangkan kad merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR AZAM (kanan) mendapat sokongan daripada rakan sepasukan dan komuniti pemain Liga M selepas dilayangkan kad merah kelmarin.

PEMAIN tengah negara, Nor Azam Azih membuktikan dia miliki jiwa besar apabila segera meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana laya­ngan kad merah diterimanya meletakkan Harimau Malaya dalam situasi sukar.

Selain diarahkan keluar padang, terjahan yang dilakukan pemain Sri Pahang pada peng­hujung permainan itu juga terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila Thailand memperoleh gol penyamaan menerusi Pansa Hemviboon.

Menyedari aksinya turut mendapat kritikan daripada pe­minat, Nor Azam tetap menerimanya daripada sudut positif dan mahu tampil lebih baik pada tugasan selepas ini.

“Minta maaf semua, dah cuba yang terbaik tapi hilang fokus minit terakhir. Terima kasih (buat) keluarga dan pasukan bagi kata-kata semangat.

“Komen-komen positif dan negatif semua akan jadi pembakar semangat saya untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” katanya menerusi akaun Instagram.

Pada perlawanan itu, Harimau Malaya tetap mengesahkan slot final Piala Raja untuk bertemu Tajikistan, malam esok apabila menang 5-3 pada penentuan penalti.

Selain itu, tindakan berani Nor Azam ‘bersemuka’ juga turut mendapat sokongan daripada rakan sepasukan dan komuniti pemain Liga Malaysia (Liga M).

“Gandinganku, kamu sudah berikan segala-galanya, kita akan terus berjuang bersama-sama,” kata Brendan Gan menerusi ruangan komen. Tak perlu­ minta maaf, kita terus lihat ke depan,” kata Syafiq Ahmad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI