fbpx
STEINER (kiri) mahu Mick memberikan aksi konsisten pada baki perlumbaan musim ini untuk terus menjamin tempatnya bersama Haas musim depan. – AFP

Mick Schumacher perlu tentukan nasib sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONZA – Ketua Pasukan Haas, Guenther Steiner memberi amaran kepada Mick Schumacher supaya menampilkan aksi lebih baik jika mahu terus mewakili pasukan itu pada saingan Formula Satu (F1) musim depan.

Meskipun menampilkan aksi memberangsangkan dalam beberapa perlumbaan terakhir, namun Steiner dikatakan masih belum berpuas hati dengan prestasi anak kepada legenda F1 dunia, Michael Schumacher.

Haas juga belum membuat keputusan siapakah pelumba yang akan bergandingan dengan Kevin Magnussen bagi menggalas cabaran pasukan, namun Mick masih berpeluang membuktikan kemampuannya dalam baki perlumbaan musim ini.

“Pelumba kedua Haas masih belum diputuskan. Kami sedang membuat pertimbangan demi kepentingan serta perkemba­ngan pasukan. Selain teknologi, kami juga mengambil kira faktor pemandu.

“Secara jujur, kami tidak tahu sama ada Mick (Schumacher) akan kekal bersama pasukan ataupun tidak. Memang dia me­nunjukkan prestasi yang bagus sejak akhir-akhir ini, namun tidak konsisten,” kata Steiner.

Justeru, beliau menggesa Mick supaya menampilkan aksi lebih baik dalam baki perlumbaan musim ini sekiranya dia mahu mengekalkan tempat di Haas memandangkan Steiner memiliki dua pilihan lain, iaitu Nico Hul­kenberg dan Antonio Giovinazzi.

“Dia perlu meyakinkan kami dengan prestasi yang lebih baik dalam perlumbaan-perlumbaan akan datang. Kami tidak tergesa-gesa untuk pemandu kedua, jadi Mick masih ada peluang buktikan kemampuan,” ujarnya. – AGENSI

POPULAR