fbpx

MAFI sedia dana RM15 juta setahun bangunkan tanaman kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (kiri) melihat pokok kelapa varieti Sungai Gulang-gulang yang ditanam oleh seorang pengusaha di Kampung Gong Tengah, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta setahun untuk membangunkan semula penanaman kelapa di seluruh negara bagi memenuhi keperluan pengguna domestik.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, negara ketika ini masih bergantung kepada bekalan kelapa yang diimport dari India, Sri Lanka dan Indonesia.

Menurutnya, bekalan tanaman kelapa tempatan yang ditanam di Johor, Perak dan Kelantan masih belum menampung sepenuhnya keperluan domestik.

“Dianggarkan ratusan ribu tan metrik kelapa diimport dari negara luar setiap bulan untuk permintaan tempatan terutamanya kepada pengusaha santan, kerisik dan pelbagai jenis perniagaan.

“MAFI akan menyokong usahawan yang berdaya maju untuk membangunkan tanaman kelapa di kawasan tanah terbiar bagi menggantikan pokok lama yang sudah tua,” katanya kepada pemberita selepas melawat kebun kelapa Varieti Sungai Gulang-gulang (SGG) di Kampung Gong Tengah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi berkata, kerajaan negeri Kelantan turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM600,000 setahun menerusi Jabatan Pertanian Kelantan.

Menurutnya, peruntukan itu bertujuan menebus tanah terbiar dengan agihan bantuan RM20,000 per hektar bagi tanaman kelapa dan RM10,000 untuk satu hektar bagi projek penanaman semula.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI