fbpx
Tangkap layar klip video CCTV memaparkan seorang lelaki berpura-pura mahu membeli barang kemas sebelum melarikan rantai tangan di sebuah kedai emas di Alor Setar, kelmarin.

[VIDEO] Lelaki larikan rantai tangan emas dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Keprihatinan dan kepekaan orang awam berjaya membantu pihak polis memberkas seorang lelaki, tidak lama selepas dia melarikan seutas rantai tangan dari sebuah kedai emas di Jalan Putra di sini pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian itu yang turut tular di media sosial berlaku kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, suspek yang berusia 21 tahun pada awalnya datang ke kedai emas tersebut dan berpura-pura mahu membeli barang kemas.

“Dia bagaimanapun secara tiba-tiba berlari keluar dari kedai tersebut bersama rantai tangan emas seberat kira-kira 99.34 gram dianggarkan bernilai antara RM20,000 hingga RM30,000.

“Sebaik menyedari kejadian itu, jurujual berkenaan segera mengejar suspek sebelum menghubungi polis,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, orang awam yang menyedari kejadian itu kemudian segera membantu untuk memberkas suspek dan berjaya menahannya berhampiran lampu isyarat Tambang Badak sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Susulan itu, pihak polis turut merampas kereta jenis Volkswagen Golf MK7 dinaiki suspek. Suspek direman selama empat hari sehingga 26 September depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

POPULAR