fbpx

Covid-19 kekal lepasi 2,000 kes semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,070 kes semalam termasuk tiga kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,790,106 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,009 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,766,228 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 25,717 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah 58.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 592 diikuti Kuala Lumpur (392), Perak (226), Sabah (171), Negeri Sembilan (117), Pulau Pinang (108), Sarawak (102) dan Melaka (101).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Kedah (55), Kelantan (52), Pahang (47), Johor (46), Putrajaya (32), Terengganu (18), Perlis (6) dan Labuan (5),” kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak empat kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,345.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,730 setakat ini.

Sebanyak 24,528 kes dikuarantin di rumah, satu kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,134 kes di hospital,21 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 33 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI