fbpx
BARISAN pelakon utama drama Kampung People 3 yang masih mengekalkan cerita empat ahli keluarga Mona (Elly Mazlein) iaitu Razif serta dua anak mereka, Laila dan Imran.

Baru keluar ‘teaser’, Kampung People 3 dah kecoh!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBELUM ini, drama popular Kampung People merupakan antara naskhah yang sering mendapat rating tinggi setiap kali ditayangkan.

Kini, drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin tersebut akan kembali membuat kecoh untuk musim ketiga.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh salah seorang pelakonnya, Elly Mazlein yang memegang watak Mona.

Selain Elly, drama tersebut masih mengekalkan beberapa pelakon asalnya seperti Riena Diana, Rashidi Ishak dan Kamarul Eqifshah.

Perkongsian Elly mendapat pelbagai reaksi positif yang rata-ratanya tidak sabar untuk menonton gelagat lucu keluarga Mona dan orang kampung.

“Drama terbaik untuk Malaysia,” komen pelakon Sharnaaz Ahmaad.

“Tak sabarnya,” kata Sherry Alhadad teruja.

Bagaimanapun, dia tidak berkongsi lanjut secara terperinci tentang tarikh sebenar tayangan drama tersebut.

POPULAR

BERITA BERKAITAN