fbpx

42 kes buli direkodkan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Sebanyak 42 kes buli direkodkan di sekolah-sekolah di Perak dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini bermula Januari.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak dua kes.

Mohd. Yusri (kanan) bercakap pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh hari ini. FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

“Keadaan ini bagaimanapun masih lagi terkawal dan kejadian yang berlaku juga tidak membabitkan kematian, hanya cedera.

“Apabila ada perbincangan antara pihak sekolah, ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pegawai perhubungan sekolah (PPS), perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas program #katakan tidak kepada buli di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini awal pagi tadi.

Sementara itu, mengulas mengenai program yang diadakan serentak di 30 buah sekolah berasrama di negeri ini, beliau berkata, ia merupakan inisiatif polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam usaha membentuk persekitaran sekolah yang sejahtera dan selamat kepada pelajar.

Malah katanya, program itu juga bertujuan membendung kejadian buli melibatkan pelajar-pelajar sekolah di asrama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI