fbpx
Seorang pengundi membuang undi ketika pilihan raya gabenor di sebuah pusat undian di Bangkok pada 22 Mei 2022. – AFP

Pilihan raya umum Thailand pada 7 Mei 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) mengumumkan bahawa pilihan raya umum Thailand akan diadakan pada 7 Mei tahun depan, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Menurut EC, pendaftaran bagi semua calon yang bertanding akan dibuka bermula 3 hingga 7 April 2023 sebelum senarai rasmi calon diumumkan pada 14 April.

Pengumuman tersebut dibuat kelmarin ketika penggal empat tahun kerajaan Thailand dijangka berakhir pada 23 Mac tahun depan.

Menurut Seksyen 102 Perlembagaan Thailand, pilihan raya umum negara itu mesti diadakan  dalam tempoh 45 hari selepas penggal kerajaan semasa tamat, dan kali ini ia jatuh pada 7 Mei 2023.

Selain itu, EC  juga menyatakan bahawa pihaknya telah bersiap sedia sekiranya Parlimen dibubarkan lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan. 

Suruhanjaya tersebut perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh tidak melebihi 60 hari selepas Parlimen dibubarkan, demikian menurut Seksyen 103 Perlembagaan.

Bakal-bakal calon yang akan bertanding juga boleh memulakan kempen pilihan raya dalam tempoh 180 hari sebelum penggal kerajaan tamat. 

EC akan mengumumkan peraturan dan garis panduan untuk calon bertanding dalam masa terdekat. – Agensi 

POPULAR