fbpx

Pembinaan Jeti Bersepadu Sanglang seiring PIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLAN (tengah) bergambar bersama kakitangan Mara dan pelajar SMK Sanglang selepas majlis penyerahan sumbangan bantuan pendidikan YPM di Arau, hari ini

ARAU – Jeti Bersepadu Sanglang akan dibangunkan dalam tempoh enam bulan selepas pembangunan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) bermula bagi memastikan kesalinghubungan operasi dua projek itu.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, perkara itu telah diberi jaminan oleh pemaju yang melaksanakan kedua-dua projek tersebut.

Katanya, kajian diwajibkan pihak berkuasa berkaitan pembinaan jeti bersepadu berkenaan juga telah selesai dijalankan oleh pihak pemaju.

“Selain itu, isu tanah selesai dan tapak projek pembinaan jeti juga telah tersedia manakala reka bentuk serta konsep di peringkat pemaju pun sudah ada.

“Pemaju juga memberi jaminan projek pembinaan jeti itu akan siap selepas enam bulan PIP siap dibina bagi memastikan kedua-dua prasarana ekonomi negeri ini saling melengkapi,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang di sini hari ini.

Tambahnya, pemaju turut menyatakan bahawa apabila PIP mula beroperasi, ia akan disokong oleh jeti integrasi di Sanglang dan perlu diselaraskan dengan teliti agar tidak menjadi projek gajah putih.

Terdahulu beliau merasmikan program Jalinan Kasih Bersama Komuniti anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara, Jabatan Pendidikan negeri dan Persatuan Tonggak Perlis.

Dalam perkembangan berkaitan, Azlan memberitahu, projek pembinaan ‘bonded road’ sepanjang 3.4 kilometer (km) yang merupakan infrastruktur sokongan PIP di Padang Besar telah siap kira-kira 16 peratus. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI