fbpx

Mahkamah: “Saya diaib, ditelanjang dengan pelbagai tanggapan” – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika bertemu pihak media selepas keputusan kes di Mahkmah Tinggi di sini hari ini.

SHAH ALAM – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya daripada 40 pertuduhan rasuah hari ini berjaya membuktikan tanggapan umum bahawa dia tidak pernah melakukan kesalahan itu.

Ahmad Zahid, 69, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, lebih mengecewakan beliau seolah-olah dihukum terlebih dahulu atas kesalahan itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya telah diaibkan…saya telah dimalukan malah saya telah ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan.

“Saya telah dihukum terlebih dahulu oleh ‘the court of public opinion’… Tapi Alhamdulilah… hari ini Jumaat penghulu segala hari menyaksikan segala-galanya bahawa perundangan ditetapkan demi kebenaran,” ketika ditemui selepas keputusan kes di Kompleks Mahkmah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datok itu lagi, meskipun reda dengan ujian yang diberikan, namun beliau perlu istiqamah (berhadapan dengan ujian) kerana yakin pertuduhan-pertuduhan dikenakan tidak pernah dilakukan selain yakin bahawa pelaksanaan perundangan telah diteliti dan diperincikan oleh mahkamah.

Dalam pada itu sebelum beredar, Ahmad Zahid sempat berseloroh dengan pihak media apabila mengatakan supaya memberikan laporan lebih seimbang selepas ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada wartawan yang memberikan laporan sangat seimbang dan professional. Diharap laporan tu lebih seimbang lagi kepada saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI