fbpx

Liverpool kena ‘scam’ dengan Benfica

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ

VIENNA – Selepas gagal memberikan impak bersama Liverpool, Darwin Nunez sekali lagi menjadi tumpuan dan meletakkan dirinya dalam situasi tertekan.

Terbaharu, tular satu video yang menunjukkan Nunez gagal melakukan sepakan dengan baik sehingga ada yang melabelnya sebagai ‘penipu’, malah turut menyamakannya dengan bekas penyerang The Reds, Andy Carroll.

Ketika ini, bekas bintang Benfica itu menyertai skuad kebangsaan Uruguay untuk menghadapi dua aksi persahabatan menentang Iran dan Kanada.

Walaupun sudah meledak dua gol dalam 11 perlawanan de­ngan skuad kebangsaan, perkembangan semasa Nunez jelas mengha­dirkan rasa kurang senang kepada pengendali pasukan, Diego Alonso.

Aksi kurang meyakinkan Nunez juga turut mendapat perhatian daripada peminat hingga ada yang menganggap skuad pengesan bakat Liverpool me­lakukan kesilapan besar.

“Andy Carroll zaman mo­den! Adakah pasukan pengesan bakat Liverpool sudah menyaksikan permainan Nunez sebelum membelinya?

“Jujurnya, sepakan yang dilakukan Nunez menjadi bahan jenaka, adakah dia mahu melakukan rembatan atau pun hantara lintang?

“Bagaimana Benfica boleh ‘memperdayakan’’ Liverpool sampai ke tahap ini,” kata salah satu komen peminat.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI