fbpx
SAINZ berharap Ferrari mampu untuk meningkatkan prestasi mereka bagi menyaingi Red Bull bagi saingan musim depan. – AFP

Ferrari sering silap strategi, gagal halang Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANELLO – Ferrari dilihat memiliki jentera yang sangat laju dan pasukan berpangkalan di Maranello, Itali itu sepatutnya mampu memberi tentangan untuk merebut gelaran Formula Satu (F1) musim ini.

Mereka memulakan kempen 2022 dengan baik apabila berjaya mendapatkan kemenangan satu-dua di Bahrain sebelum Charles Leclerc meraih kemenangan di Australia.

Bagaimanapun, Ferrari terpaksa berdepan kesukaran apabila strategi untuk menghalang pasukan Red Bull serba tidak menjadi dan Max Verstappen kini meraih 11 kemenangan daripada 16 pusingan perlumbaan.

Justeru, pemandu Ferrari, Carlos Sainz berharap pasukannya itu banyak belajar daripada Red Bull agar mampu lebih kompetitif pada musim 2023 nanti.

“Saya mahu meraih keputusan yang stabil sebelum berakhirnya perlumbaan musim ini. Saya akui Ferrari memiliki jentera yang bagus dan terdapat pe­ningkatan berbanding musim lalu.

“Tetapi, pasukan perlu melihat secara keseluruhan ter­utama prestasi jentera. Jentera seharusnya konsisten pada setiap pusingan perlumbaan. Jadi, pasu­kan perlu melihat semua yang berlaku pada tahun ini dan menyelesaikannya musim depan.

“Tahun ini kami telah menentang pasukan seperti Red Bull yang melakukan sesuatu dengan sempurna. Ferrari perlu belajar dan menjadi pasukan seperti itu pada tahun depan.

“Saya yakin, Ferrari akan menjadi pasukan lebih baik kerana pada tahun ini pasukan telah menunjukkan peningkatan mendadak jika ingin dibandingkan pada musim 2020 dan 2021,” kata Sainz. – AGENSI

POPULAR