fbpx

Bob Lokman meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kelantan hari ini. Gambar kiri ketika Ebit Lew menziarahinya di Kubang Kerian tahun lalu.

PETALING JAYA – Selepas sekian lama menderita penyakit jantung dan kerap kali keluar masuk hospital, pelakon terkenal yang juga penulis lirik tersohor, Bob Lokman, 58, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan.

Perkara tersebut dikongsikan beberapa kenalannya menerusi media sosial.

“Perginya pejuang seni, Almarhum Mohd Hakim Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini.

“Moga Allah rahmati dan kurniakan keampunan buat beliau dan golongkan beliau di kalangan solihin,” tulis pendakwah tersohor Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre menerusi hantaran dalam Instagram.

Terdahulu, penulis lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search itu terpaksa bergantung nyawa dengan jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Bob sebelum ini turut perlu menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan bagi memantau tahap kesihatannya dan perlu bergantung kepada ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak hospital.

Jun lalu, Bob turut mendedahkan bateri jantungnya hanya berbaki 10 peratus dan boleh pergi menghadap Ilahi pada bila-bila masa.

Bob yang juga terkenal dengan lakonannya dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sejak beberapa tahun lalu kerap dimasukkan ke hospital selepas tahap kesihatannya tidak menentu.

Mengenai karier seni sejak 1987, Bob banyak melibatkan diri dalam dunia lakonan drama dan mula dikenali menerusi filem pertamanya Yes, Tuan! selain naskhah berjudul Iskandar, Santau, Mantra dan filem terakhirnya, Sekali Lagi pada tahun 2011.

Sebagai penulis lirik pula, Bob aktif menulis beberapa lagu hit popular dan menjadi siulan hingga ke hari ini seperti Intanku Kesepian, Taman Rashidah Utama, Isabella, Segalanya Ku Terima, Memburu Rindu, Kerana Cinta dan Rendang Tak Berbuah.

Lagu Isabella nyanyian kumpulan Search pernah diangkat sebagai pemenang utama pada Anugerah Juara Lagu terbitan TV3 pada tahun 1989.

Bermula Februari 2011, Bob mula menyertai dunia politik selepas menyerahkan borang menjadi ahli rasmi PAS.

Jenazah Bob dijangka dikebumikan selepas solat Isyak hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI