fbpx

10 buah kenderaan hangus dalam kebakaran di kedai kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat dan Senggarang melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran yang berlaku di Jalan Tanjung Labuh di Batu Pahat pagi tadi.

BATU PAHAT – 10 buah kenderaan terbakar antara Lima hingga 90 peratus dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tanjung Labuh dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Penguasa Bomba Ayub Majid berkata, kejadian berlaku dimaklumkan melalui panggilan kecemasan pada pukul 8.26 pagi.

Katanya, susulan itu satu pasukan terdiri daripada 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat dan Penggaram bersama enam jentera FRT dan dua buah kenderaan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota pasukan mendapati sebuah rumah separuh kekal terbakar sebelum kerja-kerja memadamkan kebakaran dilakukan.

“Turut terbakar adalah empat buah motosikal yang diletakkan dalam rumah seluas kira-kira 40×80 kaki itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ayub, turut terbakar adalah pusat menjual kereta Volkswagen akibat daripada bahang api daripada kebakaran rumah berkenaan.

“Akibat daripada bahang api itu juga menyebabkan enam buah kenderaan yang berada di pusat menjual kereta berkenaan terbakar kira-kira lima peratus.

“Operasi pemadaman berlaku kira-kira dua jam sebelum dapat api dipadamkan sepenuhnya dan kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN