fbpx
Tangkap layar video peragut ditahan tular di Twitter.

Peragut tular sudah didakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video tular anggota polis menahan peragut adalah kes lama berlaku di Jalan Tun H. S. Lee di sini pada Hari Kebangsaan bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pada 1 September suspek yang ditangkap telah dituduh di mahkamah di Jalan Duta.

“Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu dikesan tular di Twitter apabila polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun setelah disyaki meragut.

“Lelaki tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Noor Dellhan menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan aktiviti melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan dikenakan jika melakukan kesalahan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR