fbpx

Penjual tudung hadapi 166 tuduhan tipu, pinjam duit kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Natasha Adini (kiri) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang penjual tudung didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 166 pertuduhan menipu kekasihnya yang dikenali secara dalam talian dengan meminjam wang berjumlah RM483,570 menggunakan identiti lain dalam tempoh dua tahun.

Tertuduh, Natasha Adini Abdullah, 27, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan selama tiga jam oleh jurubahasa di hadapan Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

wanita itu didakwa menipu mangsa berusia 32 tahun dengan cara memperdaya lelaki itu untuk meminjam wang dengan menyamar sebagai Nur Farah Alisya.

Perbuatan itu mendorong mangsa membuat 166 transaksi pindahan wang antara RM300 dan RM10,000 yang kesemuanya berjumlah RM483,570 ke dalam satu akaun bank atas nama Natasha Adini Abdullah.

Kesalahan itu dilakukan di mesin pengeluaran automatik (ATM) sebuah bank di sini pada 3 Julai 2018 hingga 6 Ogos 2020.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa menawarkan jaminan RM285,000 untuk kesemua pertuduhan yang dihadapi wanita itu.

Natasha Adini dalam rayuannya memohon jaminan yang rendah. Mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin RM28,700 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Tertuduh tidak membayar jaminan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI