fbpx

Penduduk Selangor risau, hampir seluruh daerah hotspot banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa-mangsa banjir kilat di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 18 Disember tahun lalu. /FOTO AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Penduduk negeri Selangor mula panik apabila Agensi Pengurusan Bencana Negara berkongsi kawasan ‘hotspot’ banjir bagi negeri itu semalam.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata penduduk terkejut dengan senarai tersebut berikutan hampir setiap daerah di negeri itu terlibat.

Antara kawasan terlibat ialah, Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.

Menerusi ruangan komen, penduduk negeri Selangor meluahkan kebimbangan sekiranya kediaman mereka terkena banjir.

Malah, ada yang masih trauma apabila pernah dilanda banjir sebelum ini terutama bagi penduduk di sekitar Klang.

“Risaunya, Taman Sri Muda tersenarai. Penat mengemas rumah banjir tahun lepas pun masih terasa lagi,” kata Putra.

“Panjangnya senarai, baik cakap satu Selangor saja bakal dilanda banjir. Bersiap-sedialah kita semua di Selangor,” kata Zira.

“Harapnya merka fokus untuk tangani masalah banjir yang diramalkan bakal berlaku di Selangor sebelum bubar parlimen,” kata Hafeezy.

“Harap kerajaan negeri dah buat persediaan banjir di Selangor. Tengok senarai yang dikeluarkan boleh katakan satu Selangor boleh tenggelam,” kata Marliyana.

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sudah mengenal pasti 52 kawasan ‘hotspot’ banjir selain 307 kawasan berisiko banjir di negeri itu.

Menerusi grafik kawasan berisiko banjir dan hotspot bagi persediaan air pasang besar dan Monsun Timur Laut dikeluarkan JPS Selangor baru-baru ini, kawasan berisiko berkenaan ditentukan berdasarkan kekerapan kejadian bencana banjir sebelum ini.

“Kawasan ‘hotspot’ banjir membabitkan 52 kawasan di lapan daerah iaitu 14 di Klang, masing-masing sembilan di Hulu Langat dan Sepang, lapan di Gombak, lima di Petaling, empat di Kuala Selangor, dua di Sabak Bernam serta satu di Kuala Langat.

“Kawasan ‘hotspot’ banjir ini mengalami bencana lebih atau sekurang-kurangnya tiga kali dari rekod kawasan banjir bermula tahun 2019 hingga 2022,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI