fbpx

Lelaki diberi nama Alhamdulillah tanda syukur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alhamdulillah terpaksa menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti setiap kali ada pihak yang tidak percaya dengan namanya. - Sumselupdate

JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Sumatera Selatan menjadi tular kerana memiliki nama yang unik iaitu Alhamdulillah bin Sulaiman, lapor laman berita Suara semalam.

Lelaki berasal dari kabupaten Pali itu memberitahu, ramai yang tidak percaya bahawa nama sebenarnya ialah Alhamdulillah sehingga dia terpaksa menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.

“Selain orang biasa, polis juga tidak percaya bahawa nama saya ialah Alhamdulillah dan kerap  dituduh cuba mempermainkan pihak berkuasa.

“Apabila mereka melihat kad pengenalan, barulah terbukti memang itu nama saya,” jelasnya.

Tambah pemuda berusia 23 tahun itu, ibu bapanya menamakan dia Alhamdulillah sebagai tanda syukur kerana diberi rezeki anak lelaki selepas berulang kali dikurniakan anak perempuan.

“Sebaik sahaja ibu bapa mengetahui jantina saya selepas dilahirkan, mereka sepakat menamakan saya Alhamdulillah kerana bersyukur kepada Allah yang memberi peluang menimang anak lelaki,” tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI