fbpx

Amaran ribut petir di 11 buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 11 buah negeri.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat serta ribut petir yang dijangka akan melanda seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Johor.

Keadaan sama juga diramalkan berlaku di beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan sehingga lewat pagi nanti.

“Di Kedah, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

“Manakala di Perak pula, daerah terlibat ialah di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, keadaan hujan lebat serta ribut petir juga berlaku di daerah Bentong, Pahang.

“Di Negeri Sembilan pula, amaran ribut petir di kenakan di daerah Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI