fbpx

Melaka United kempunan julang Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELAKA United dibatalkan penyertaan pada kempen Piala Malaysia musim ini.

KELAB Liga Super Melaka United terpaksa membayar harga yang mahal ekoran isu tidak melunaskan gaji dan pegawai selepas dibatalkan penyertaan pada kempen Piala Malaysia musim ini.

Menerusi satu kenyataan badan pengelola Liga Malaysia (Liga M), keputusan itu dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah selepas pengurusan pasukan Sang Kancil gagal menyelesaikan bayaran tertunggak sebelum tarikh tutup semalam.

“Melaka United gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan selepas mereka hanya membuat pembayaran baki tunggakan gaji sehingga Jun. 

“Selain itu, mereka juga belum mendapatkan persetujuan bersama pemain dan pegawai bagi bayaran baki tunggakan gaji berkenaan.

“Maka atas sebab itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan tidak membenarkan Melaka United bertanding dalam saingan Piala Malaysia musim ini,” kata kenyataan MFL semalam.

Sebagai rekod, Melaka United telah menerima notis peringatan pada 6 September untuk menyelesaikan segala tunggakan gaji atau mendapat persetujuan bersama pegawai dan pemain yang terlibat sehingga 20 September.

Bagaimanapun, pengurusan Melaka United hanya dapat mengemukakan bukti pembayaran sehingga Jun sehingga semalam.

Dalam perkembangan sama, MFL turut mengesahkan Sarawak United telah menjelaskan semua bayaran gaji tertunggak kepada pemain sehingga bulan Ogos. 

“Bayaran gaji tertunggak kepada pegawai pasukan Sarawak United pula telah dibayar sehingga bulan Julai. Bagaimanapun, Sarawak United dan pegawai pasukan telah mencapai persetujuan bersama berkenaan bayaran tunggakan gaji bulan Ogos.

Meskipun ada usaha ditunjukkan oleh pihak pengurusan Sarawak untuk menyelesaikan tunggakan gaji ini, MFL tetap memberi peringatan kepada mereka agar isu seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI