fbpx

Real lebih jitu kuasai Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL berjaya menguasai aksi El Derbi apabila mencatat kemenangan 2-1 mengatasi Atletico awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Real Madrid mengekalkan rekod bersih dalam saingan La Liga musim ini selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Atletico Madrid pada pertemuan yang berlangsung di Wanda Metropolitano awal pagi semalam.

Dua gol menerusi jaringan Rodrygo dan Federico Valverde nyata dapat menutup mulut penyokong tuan rumah yang sebahagiannya cuba melakukan provokasi termasuk mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap penyerang Real, Vini­cius Junior.

Rodrygo dan Vinicius juga menjadi sasaran penyokong Atletico yang membaling objek apabila kedua-dua pemain Brazil itu melakukan tarian samba ketika meraikan jaringan.

“Perlawanan derbi seperti ini sentiasa menjanjikan aksi menarik dan sangat penting untuk kami. Bagaimanapun, kali ini ia lebih berbeza jika dibandingkan dengan perlawanan-perlawanan terdahulu.

“Kami hanya fokus pada tugas masing-masing di atas padang dan saya hanya mahu buktikan kemampuan diri. Saya sangat gembira kerana dapat bermain dengan baik serta menjaringkan satu gol,” kata Rodrygo.

Sementara itu, jurulatih Los Blancos, Carlo Ancelotti menghamburkan pujian terhadap Rodrygo dan Valverde selepas kedua-dua pemain tersebut menampilkan aksi cukup baik selepas ketiadaan penyerang, Karim Benzema yang masih cedera.

“Valverde dan Rodrygo merupakan pemain yang cukup istimewa kerana mereka berdua adalah contoh pemain bola sepak moden. Mereka mampu untuk bermain di banyak posisi selain memiliki kemampuan teknikal serta fizikal yang baik,” ujar beliau.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI